Pelakon dan penyanyi cilik, Wafiy tidak mengabaikan pelajaran biarpun sibuk dengan dunia seni.

Pemilik nama penuh Mohd Wafiy Ilhan Johan, 16, ini menyedari pelajaran adalah aset untuk dirinya kekal dalam bidang seni di masa akan datang.

"Memang saya menggemari bidang seni dan suka bekerja dalam lapangan ini tetapi saya tidak akan mengabaikan pelajaran.

"Bagi saya, semuanya harus seiring. Saya sedar pelajaran akan menjadi bekalan untuk saya di masa akan datang. Selepas habis belajar pun, saya menyimpan hasrat untuk menyambung pelajaran di menara gading dalam bidang seni juga," kata bintang kelahiran Astro Ceria ini.

Dalam perkembangan terbaru, wajah Wafiy kini menghiasi rancangan Club Mickey Mouse musim kedua yang telah mula bersiaran pada 6 Julai lalu.



"Alhamdulillah, ini merupakan musim kedua saya terlibat dalam program ini. Saya sangat seronok bekerja dengan produksi yang menerbitkan Club Mickey Mouse dan gembira dapat bekerjasama dengan Mouseketeer lain," katanya.

Siri yang mengandungi 13 episod ini akan menyajikan kandungan dalam gabungan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

bukan selasa,bukan rabu,tapi jumaat nie..guysss?

A post shared by W4F1Y_44N (@wafiy_aan) on


Jangan lupa saksikan Club Mickey Mouse musim kedua ditayangkan setiap Jumaat, 2.30 petang bermula 6 Julai 2018 di Disney (saluran 615). Ia juga dapat dinikmati menerusi On Demand.

Peminat juga boleh menikmati lagu hebat ini di laman Disney Channel Asia YouTube, www.youtube.com/DisneyChannelAsia

Teks: Kamaruddin Razal