Sudah Hantar Rombongan Merisik Kekasih, Qi Razali Rancang Bertunang Tahun Ini

Hiburan
Sudah Hantar Rombongan Merisik Kekasih, Qi Razali Rancang Bertunang Tahun Ini
Pengacara dan pelakon Qi Razali mengakui sudah menghantar rombongan untuk merisik kekasihnya, Nia Atasha Rosli, 22, baru-baru ini.

Menurut Qi, buat masa sekarang dia masih mencari tarikh yang sesuai untuk mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya itu.

“Alhamdulillah, saya sudah menghantar rombongan untuk merisik dan kedua-dua keluarga sudah pun bertemu.

“Buat masa sekarang saya masih tidak mempunyai tarikh yang sesuai untuk mengikat tali pertunang.

“Mungkin kami akan bertunang pada tahun ini namun jika sudah ada tarikh saya akan umumkan pada semua.

“Saya berharap agar semuanya akan dipermudahkan kerana saya bukannya muda lagi dan juga mahukan ada anak sendiri,” katanya kepada Astro Gempak.

Qi berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran single baharu kumpulan OAG, di Cofee Bean Midvalley, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Qi dan Nia telah menjalinkan hubungan cinta sejak hampir dua tahun lalu.

Terdahulu, Qi pernah menjalinkan hubungan cinta bersama dengan pelakon Nelydia Senrose.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Foto: Instagram Qi

Artikel Berkaitan