Adam Fateh Lee Nama Anak Sulung Adam Corrie

Hiburan
Adam Fateh Lee Nama Anak Sulung Adam Corrie
Pelakon Adam Corrie mengumumkan nama anak lelakinya pada hari ketujuh kelahiran.

Adam menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memberitahu anaknya itu diberi nama Adam Fateh Lee.

Pelakon filem KL Gangster itu berkata, serentak pada hari ketujuh usia anaknya itu, dia juga telah mencukur kepala bayinya.

Amalan bercukur itu dilakukannya sendiri.

Adam bagaimanapun bakal mengadakan majlis kesyukuran selepas isterinya, Fazeema Fuad sihat dan selesai tempoh berpantang.

“Hari ini genaplah 7 hari usia Baby Lee. 

“Pada hari ke 7 disunatkan umumkan nama bayi.

“Dengan ini saya Baby Lee adalah Adam Fateh Lee bin Adam Corrie Lee @adamfatehlee 

“Dan hari ini juga disunatkan utk bercukur . Abah cukur sendiri . Majlis buat kemudian. Bagi Mak Fateh @puan_fazi_fuad habis berpantang dan sihat dulu,” tulisnya.
 
Adam Fateh Lee dilahirkan pada 11 Julai lalu.
 
Adam atau nama sebenarnya, Adam Corrie Lee Abdullah, 50, mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Fazema, 40, pada 21 November 2008.
 
Teks: Syafiqah Jalal
Foto: IG Adam Corrie
 

Artikel Berkaitan