TUTUP

"Terasa Tahap Monyet Pula Industri Ni" - Syazwan Zulkifly & Aiman Hakim Sindir Janna Nick?

Hiburan

Dua pelakon lelaki kacak, Syazwan Zulkifly dan Aiman Hakim Ridza menyindir seorang pengacara wanita dalam sebuah program hiburan mingguan baru-baru ini.

Tidak menujukan status itu pada mana-mana artis, netizen bagaimanapun mengaitkan nama Janna Nick sebagai pengacara wanita yang dimaksudkan.

"Terasa tahap monyet pula industri aku ni bila tengok pengacara perempuan Melodi ni tergedik-gedik terkinja-kinja handle program ni," tulis Syazwan menerusi akaun Twitternya Ahad lalu.
 

Entri tersebut disokong oleh pelakon tinggi lampai, Aiman Hakim Ridza.

"So true. Pengacara #Melodi hari ni tak hormat orang. (Mostly) syok sendiri dengan lawak bodoh.

"So immature. Tak ada class as a human and stop ambil pelawak, bukan semua benda perlu loyar buruk ok. And it's not even funny #meletops wtf!" tambah Aiman.



Kenyataan kedua-dua pelakon itu dipersetujui oleh netizen dan menganggap artis wanita itu hanya sesuai untuk menjadi pelakon.

"Janna Nick memang boleh pergi jauh, tapi jauh dari bidang nyanyian dan pengacaraan.

"Bila berlakon je awak nampak natural, tapi kalau mengacara memang nampak gedik dan mengada-ngada," tulis salah seorang pengguna.

Rancangan hiburan mingguan Melodi disiarkan setiap hari Ahad pukul 12 tengahari di TV3 dan menampilkan Janna Nick serta Ajak Shiro sebagai hos.

Ahad lalu, Melodi menjemput Izzue Islam dan Alvin Chong sebagai tetamu undangan dan masih mengekalkan Janna Nick mengemudi acara itu.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Twittter
Foto: @syazwanzulkifly, @aimanhakimridza, @jannanick

Artikel Berkaitan