Pelakon popular, Datin Paduka Umie Aida terpaksa menggunakan ais sebanyak 4 kali sehari dan duduk di atas katil selepas mengalami sakit yang pernah dialaminya enam bulan lalu.

Ujarnya, sakit 'slipped disc' atau disk tergelincir yang pernah dihidapinya sejak enam bulan lalu berlaku semula selepas dia melakukan senaman.

"Kadang-kadang me terlupa batasan yang layak me ( slipdisc) lakukan bila exercise. rasanya almost 6 bulan me tak sakit belakang. Tapi semlm.. mcm biasa over excited nak buat international fitness test , me buat fly yoga up side down.. alaa buat sekali je. Pastu my back rasa semcm," katanya menerusi Instagramnya, @umieaida9.

Kadang-kadang me terlupa batasan yang layak me ( slipdisc) lakukan bila exercise. rasanya almost 6 bulan me tak sakit belakang. Tapi semlm.. mcm biasa over excited nak buat international fitness test , me buat fly yoga up side down.. alaa buat sekali je. Pastu my back rasa semcm.. me biarkan..buat next test , ok dah rasa sakit..masih degil.. buat lagi next test... hmmm.. baru betul2 me sedar diri & tak dpt habiskan test .? InsyaAllah.. selalunya sakit mcm ni mengambil masa 4,5 hari utk baik. Balik me terus letak ice 4x sehari dan duduk diam atas katil ! ?‍♀️ moral of the story siapakah yang bertanggungjwp mengajak me buat fitness test ? @yasmin.mahmood ??(joke)

A post shared by umieaida ?? (@umieaida9) on


Sambungnya, dia mula rasa sakit selepas melakukan senaman berkenaan tetapi masih berdegil untuk meneruskan aktiviti tersebut.

"hmmm.. baru betul2 me sedar diri & tak dpt habiskan test. InsyaAllah.. selalunya sakit mcm ni mengambil masa 4,5 hari utk baik," katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @umieaida9