Anak kepada pengacara dan penyanyi Hunny Madu selamat menjalani pembedahan implan jantung.

Hunny memaklumkan perkara tersebut menerusi ruangan Instagram Stories miliknya bahawa pembedahan anak lelakinya, Adam Musa telah berjaya.

"Alhamdulillah dia telah keluar dari bilik bedah (Operation theater) dan Dr Marhisham berkata Adam Musa berada dalam keadaan baik.Terima kasih atas doa anda," tulis Hunny.

Adam telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani pembedahan implan sten jantung patent ductus arteriosus (PDA).

Adam yang baru berusia tujuh bulan menghidap penyakit itu sejak lahir.


Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Instagram Hunny