Akhirnya teka-teki tentang hari bahagia penerbit Datuk A Aida, 48, bersama Wan Ariff, 29, sudah terjawab.

Aida bakal menamatkan zaman jandanya pada majlis akad nikah yang dijadualkan akan berlangsung pada hari Sabtu, 21 Julai ini.

Majlis akad nikah bagi menyatukan Aida dan Ariff akan diadakan pada pukul 9 malam di kediaman sebelah perempuan yang terletak di Ampang, Selangor.

Sebelum ini, Aida telah menerima kejutan dilamar oleh Ariff yang merupakan pelakon baru pada 5 Julai lalu di sebuah restoran Arab di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Aktor drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf itu melamar Aida dengan menyerahkan sebentuk cincin Solitaire bertatahkan berlian sebagai tanda lamaran sambil diiringi petikan gitar.

Aida pernah melalui tiga alam perkahwinan sebelum ini termasuklah dengan Ameng (Spring) dan dikurniakan tiga orang anak melalui dua perkahwinan.


Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Kosmo