Penyanyi lagu Anugerah Terindah, Black Hanifah melalui detik cemas apabila bayi dalam kadungan isterinya tidak bergerak seperti biasa.

Black, 32, menceritakan insiden yang dilaluinya bersama isteri, Naquia Yasirah Mohd Khairi atau Cira.

"Cira memang penggemar durian. Seperti kebiasaannya, saya akan memanggil nama bayi dalam kandungan Cira dan pastinya anak kami akan respon dengan bergerak.

"Tetapi ketika itu, sewaktu Cira baru selesai menjamah durian, tiada respon diterima dari anak kami. Kami berdua sudah risau.

BACA: Isteri Hamil Lima Bulan, Black Bakal Dapat Anak Kedua

"Alhamdulillah, selepas kami memanggilnya buat kali ketiga, bayi kami mula memberikan respon seperti biasa. Selepas itu, saya nasihatkan isteri agar berwaspada jika dia teringin untuk menikmati durian.

"Lebih baik berpada-pada kerana tak mahu perkara yang sama berulang lagi," kata Black.

Black ditemui di majlis kenduri durian anjuran restoran Teh Tarik Place cawangan Setapak Central baru-baru ini.





Hadir sama ialah Tomok, Shahir dan Fahrulrazi Kassim, Pengarah Cuisine Inspire Sdn Bhd yang merupakan pemilik Teh Tarik Place cawangan Setapak Central.

Bakal menimang cahaya mata kedua, Black belum bersedia untuk mendedahkan jantina permata hati terbarunya.

"Saya tak sabar menunggu kehadiran anak kedua. Bercakap mengenai jantina dan nama, buat masa ini biar kami simpan dahulu.

"Nama bayi pun sudah kami pilih tetapi biarlah kami umumkan kelak di masa yang sesuai. Doakan kandungan isteri saya berada dalam keadaan yang baik," katanya lagi.

Teks: Kamaruddin Razal