Sepanjang Ramadan lalu, ramai peminat memuji kecantikkan pelakon jelita, Nur Fazura yang anggun mengenakan hijab.

Bagaimanapun, ia masih belum menjadi keputusan sepenuhnya untuk selebriti popular itu berhijab selamanya.

Dalam statusnya di Instagram semalam, isteri pada aktor popular, Fattah Amin ini sekali lagi tampil dengan imej berhijab sempena hadir pada acara rumah terbuka 'Stalkers Cafe' bersama suami dan keluarganya.

Dalam satu status lain, Fazura juga memuat naik satu foto menunjukkan dia mengenakan telekung ditemani suami ketika terbabit dalam satu program Telekung Talk dihoskan Profesor Dr Muhaya Mohamad.

Setelah mengenali @profmuhaya sebagai bonda saya sejak 2010, akhirnya kami ditakdirkan bertemu sekali lagi dalam “Telekung Talk” dan kali ini bersama suami saya @fattahaminz ❤️ Terima kasih buat bonda sekeluarga, adik saya @dratiyahazmi dan kak @haqimah untuk malam yang cukup membahagiakan dan bermanfaat. ???

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on


Penampilan Fazura itu juga dipuji netizen yang mengharapkan pelakon itu agar terus berhijab.

"Moga dik @missfazura diberi hidayah untuk bertudung ... Rahmat bertambah...hidup berkat...pahala berganda untuk suami..moga keberkatan dari umrah memberi hidayah...Aamiin," kata adamjaza.

Netizen yang dikenali sebagai rozeelynrozie juga berpandangan sama terhadap Fazura yang kelihatan cantik dan manis bertudung.

"@missfazura dah sedia adanya cantik dgn berhijab faz lebih lg nmpk cantik n manis. Semoga ALLAH akan memberi hidayah n membuka hati faz utk terus berhijab...insyaAllah.... suka tgk faz lembut n tenang air mukanya," katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @missfazura