Hari penentuan final Piala Dunia 2018 yang akan berlangsung jam 11 malam esok rupanya sudah diramal Hantu Kak Limah yang mempunyai jawapan siapa yang bakal jadi juara.

Mengikut ramalan Hantu Kak Limah, perlawanan akhir antara Perancis menentang Croatia akan menyaksikan keputusan memihak pada Perancis!

Mungkin keputusan itu menguris hati penonton Croatia tapi siapa tahu, mungkin selepas tiada lagi Paul, sotong kurita yan bijak meramal juara Piala Dunia sebelum ini akhirnya Hantu Kak Limah pula mempunyai ramalan lebih hebat.

Aksi Hantu Kak Limah 'berjoget' memilih juara antara Perancis dan Croatia dapat ditonton netizen di media sosial menerusi Instagram, @astroshaw

Banyak orang buat prediction kan utk team mana yg akan menang #WorldCup2018 tahun ni kan? Ada yang suh kucing?ramal la..suh kura-kura? la..Ktorg hantar #HantuKakLimah ? je suh die ramal?..Kak limah,tolong settlekan ramalan ni jap!!! ⚽ KORANG PREDICT SAPA MENANG??? Filem seram komedi arahan ????? ?????? yang bakal 'mengokak' anda di pawagam berhampiran 9 Ogos ini. *** HANTU KAK LIMAH Sebuah filem arahan : @khalidmamat Dibintangi oleh : @dalimawati5 @awieofficial @tj_skooloflawak @sharwani.ns @uqashasenrose2 @ropie_sryn @zul_ariffin @ziemadin @rasydanzackaria ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Sebuah lagi filem dari : @astroshaw @infinitusfilmsmy #HantuKakLimah #CerCiter #HKLPerghh #Lokal #SapotLokal #Malaysia #Filem #FilemMalaysia #FilemMelayu #Melayu#DramaMelayu #IniMalaysiaKita #Lawak #lawakmalaysia #lawakmelayu#lawakhambar #WOLRDCUP2018 #FIFA2018 #FIFA #FIFAWORLDCUP #WorldCupFinal #WorldCup

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on

Kemunculan Hantu Kak Limah sejak bermulanya saingan Piala Dunia kali ini sering mencuri tumpuan ramai apatah lagi dia bakal muncul dengan filem sekuel terbaru arahan Mamat Khalid yang akan menjengah pawagam pada 9 Ogos nanti.

Jika benar tekaan Hantu Kak Limah tentang Perancis diangkat sebagai juara Piala Dunia 2018, ini bermakna seluruh penonton wajib tonton filem sekuel ini nanti.

Teks oleh: Elrafaei Sapi