Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah menerima sambutan yang tidak sopan dari seorang pemuda yang menunjukkan isyarat jari tengah ke arah konvoi kenderaan yang dinaiki beliau ketika melalui suatu kawasan di London.

Pemuda yang bernama Miguel Santana da Silva itu telah memuat naik video perbuatannya terhadap Trump itu menerusi akaun Twitter miliknya.

"Tak sangka terserempak dengan Trump dan pengiringnya di kawasan perhentian bas Camden Sainsbo hari ini.

"Beginilah cara orang London menyambutnya," tulis Miguel.

Perbuatan pemuda tersebut sangat bertentangan dengan kenyataan Trump yang mengatakan beliau sangat disukai dan mendapat sokongan yang baik oleh rakyat di UK berkenaan isu imigresen yang diketengahkannya.

Menurut sumber, lawatan Trump selama empat hari itu akan mendapat bantahan besar-besaran yang melibatkan sekitar 70 ribu orang.

Donald Trump bersama isterinya Melania Trump telah tiba di Lapangan Terbang Stansted pada hari semalam dan akan menghadiri majlis makan malam bersama Theresa May sebelum berjumpa Ratu di Windsor.


Teks : Asraf Aided
Sumber : metro UK