Berlari Dalam Terowong Angin Dengan Percikan Air, Sertai Coway Run 2018 Untuk Merasai Kelainan

Advertorial
Berlari Dalam Terowong Angin Dengan Percikan Air, Sertai Coway Run 2018 Untuk Merasai Kelainan
Jogging dan berlari-lari anak merupakan salah satu cara paling mujarab untuk mengeluarkan peluh tidak kiralah secara bersendirian ataupun secara berkumpulan.
 
Ternyata amalan gaya hidup sihat ini kian mendapat sambutan daripada masyarakat pada masa kini dan sudah menjadi trend sekarang ini. Tasik dan taman riadah merupakan tempat paling ideal untuk melakukan senaman dengan berjogging dan menyertai acara larian marathon.
 
Pada masa kini pelbagai acara larian yang diadakan tidak kira pada waktu malam mahupun siang, malah ada juga tampil mengenakan pakaian yang unik untuk menyertai acara larian dianjurkan.

Coway kini tampil menganjurkan acara larian buat tahun kedua dengan mengangkat tema 'Coway Run 2018 – Beat the Heat'.
 
Acara larian ini sudah semestinya berlainan daripada penganjuran yang pernah diadakan sebelum ini kerana Coway tampil memperkenalkan konsep yang disasarkan menjadi larian paling sejuk di Kuala Lumpur.
 
Peserta yang menyertai larian bertemakan 'Beat the Heat' ini akan merasai kelainan apabila mereka belari dalam terowong yang direka khas bagi menyejukkan pelari-pelari di sepanjang larian dengan penyiram air, terowong kabus serta terowong angin yang pasti menambahkan kejutan bagi mereka.
 
Seramai 7000 orang pelari dijangka menyertai larian Coway Run 2018 ini yang akan diadakan pada 7 Oktober ini di MAEPS Serdang.
 
Dua kategori yang dipertandingkan dalam larian Coway Run 2018 ini adalah larian sejauh 10 kilometer dan 5 kilometer.

Orang ramai yang ingin menyertai Coway Run 2018 boleh mendaftar awal pada 11 Jun hingga 21 September 2018, bermula dengan harga RM 50 di laman web www.cowayrun.com.my.
 
Sementara ini, RM10 dari setiap pendaftaran akan disumbangkan kepada 'Happy Water Project' yang merupakan salah satu aktiviti CSR oleh Coway.
 
Dalam projek ini, Coway membekalkan air bersih untuk perkampungan Orang Asli yang tidak mendapat sistem perpaipan secara terus, dan bekalan air semasa dari bukit tidak mencukupi untuk keperluan harian.
 

Sebagai The Water Specialist ™, projek ini juga adalah bertujuan menggalakkan gaya hidup lebih sihat dengan memilih Coway untuk menikmati air yang lebih baik, di samping meningkatkan kesedaran berkaitan keperluan air bersih dalam kalangan rakyat Malaysia.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai larian Coway Run 2018, anda boleh melayari laman web https://bit.ly/2JHT9dF

Artikel Berkaitan