Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan meluahkan rasa geram di akaun Twitter miliknya selepas menerima banyak mesej dari pengikutnya di media sosial yang berkongsi masalah rumah tangga mereka."Orang perempuan ni pantang tengok laki orang elok sikit, cepat ja dia nak qentap (rampas).
"Tapi yang jantan tu pun jenis gatal. Adoi! Ramai sangat yang duk DM kami cerita pasal rumah tangga depa... Macam kita ni Menteri Pembangunan Wanita pula," tulis Che Ta.

Entri yang ditulis Che Ta itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pandangan pelakon cantik itu.

Isteri kepada pelakon Zain Saidin sebelum ini pernah menyuarakan pandangan tentang isu poligami dan wanita yang merampas suami orang.


Teks Oleh: Noor Zulaikha Yusof
Foto: @rozitachewan1
Sumber: Twitter