Rupanya Cinta Pandang Pertama Fazren Rafi Berputik Ketika Cuci Kereta

12 Julai 2018. 11.30 PM
1,479
Hiburan
Rupanya Cinta Pandang Pertama Fazren Rafi Berputik Ketika Cuci Kereta
Pelakon popular, Fazren Rafi masih teringat kisah cinta pandang pertamanya dengan isteri apabila mereka bertemu ketika terbabit dalam satu program amal, cuci kereta.
 
Ujarnya, pertemuan itu berlaku 10 tahun lalu ketika dia masih popular selepas membintangi drama bersiri popular, Spa Q.
 
"Ok sambung cerita perkenalan faz dgn isteri.. masa nie faz mewakili media hiburan dan isteri faz wakil dara.com utk charity car wash.. dalam byk wanita kt sana faz tertarik pada isteri faz.. itu la cinta pandang pertama ku.. nk tegur malu.. tp faz beranikan diri pergi tegur.. muka u mcm kawan i la.. ayat pertama faz..," katanya seperti mana dipetik menerusi status di Instagramnya, hari ini.
 
 

Tak disangka pergi event carwash boleh jumpa jodoh.. Pertemuan pandang pertama 120708 genap 10tahun kita kenal.. Ingat lg time tue faz tgh digilai wanita2 diluar sana sbb tgh hot cerita SPA Q.. 🙊 hihii xmalu kan.. pergi mana2 pun dafi spa q.. dafi spa q... xde pun yg knl nama fazren rafi.. ok sambung cerita perkenalan faz dgn isteri.. masa nie faz mewakili media hiburan dan isteri faz wakil dara.com utk charity car wash.. dalam byk wanita kt sana faz tertarik pada isteri faz.. itu la cinta pandang pertama ku.. nk tegur malu.. tp faz beranikan diri pergi tegur.. muka u mcm kawan i la.. ayat pertama faz.. lepas tue ckp lagi benda yg sama serius muka u mcm kawan i.. padahal xde pun.. time cuci kereta mata nie asyik duk usya dia je takut dia balik.. tup tap tup tap.. semua nk balik.. aduh nk buat mcmana nie.. nk bg no phone nanti kwn2 dia nampak.. dia pun ckp kt faz nk balik.. faz pun redha dia berjalan pulang.. alik2 dia patah balik dgn alasan.. faz pun tanya nk balik dia jwb pantai dalam... cantik faz student um mmg suka mkn kt char kuew tiow kt pantai dalam.. so faz ckp char kuew tiow sana sedap nanti boleh kita pi mkn sama2 so dia amik la no faz sampai la skrg dia dah jadi bini faz.. ok sekian.. luv u sygku.. terima kasih sbb byk bersabar dgn saya yg byk perangai nie.. tahan lagi 100tahun ye.. hihii

A post shared by FAZREEN RAFI (@fazrenrafi) on

Fazren memberitahu ketika mereka terbabit dalam aktiviti mencuci kereta itu, dia mengambil kesempatan menjeling ke arah gadis tersebut.
 
"lepas tue ckp lagi benda yg sama serius muka u mcm kawan i.. padahal xde pun.. time cuci kereta mata nie asyik duk usya dia je takut dia balik.. tup tap tup tap.. semua nk balik.. aduh nk buat mcmana nie.. nk bg no phone nanti kwn2 dia nampak..," katanya.
 
Sambungnya, dia kemudian berpeluang mendapat nombor telefon gadis itu selepas mengetahui wanita idamannya itu tinggal di Pantai Dalam.
 
"Cantik faz student um mmg suka mkn kt char kuew tiow kt pantai dalam.. so faz ckp char kuew tiow sana sedap nanti boleh kita pi mkn sama2 so dia amik la no faz sampai la skrg dia dah jadi bini faz..," katanya.
 
Sempena mengingati semula tarikh 12 Julai sebagai hari perkenalan pertama mereka, Fazren juga berseloroh agar isterinya banyak bersabar dengan perangainya untuk 100 tahun akan datang.
 
Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @fazrenrafi
 

Artikel Berkaitan