Juara Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2), Fitri Haris mendedahkan dia bakal mengeluarkan single terbaharu hasil kolaborasi dengan penyanyi muda Encik Mimpi.
Kata Fitri ada sebab tertentu dia memilih Encik Mimpi untuk mencipta single yang diberi judul Wahai Kekasihku itu.
"Saya memang menggemari lagu-lagu ciptaan Encik Mimpi sebab arah muzik dia tertumpu pada muzik ala-ala era 1990-an.
"Jadi, saya mahukan lagu yang tangkap lentok dan boleh layan terutama bagi golongan pelajar yang tertekan dengan pelajaran setiap hari.
"Sebab itu saya dapatkan Encik Mimpi untuk hasilkan single terbaharu saya yang akan dilancarkan dua bulan lagi," kata Fitri.
Fitri yang ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta Butik Haqqi Shah Alam memberitahu lagu Wahai Kekasihku itu terinspirasi daripada kisah hidupnya sendiri.
"Wahai Kekasihku berkisarkan cinta jarak jauh. Tetapi jangan jumudkan fikiran tentang cinta dengan kekasih semata-mata, mungkin cinta kepada ibu bapa dan Allah.
"Saya mengambil kisah diri sendiri yang berada jauh dari keluarga ketika belajar di luar negara. Saya terjemahkan ia ke dalam lagu itu," tambahnya.
Fitri juga muncul dengan single olahan semula Hanya Tuhan Yang Tahu versi 2018 yang lebih segar dan rancak.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @fitriharisofficial
Amri Hassan
Thu Jul 12 2018
Caprice Didakwa Terlibat Dalam Rancangan Buat Fake Account Sebar Aib Bella Astillah - “Ya Allah, Nak Tutup Macam Mana Lagi Cap?”
Pelakon Bella Astillah memberi respons terhadap Instagram Story yang diulang siar semula susulan perkongsian tangkap layar yang dikongsi oleh Sarah Yasmine semalam.
“Jangan Risau Dia Sayang Awak, Sebab Tu Lah Dia Tinggalkan Kami Anak Beranak - Bella Astillah
Pelakon Bella Astillah tampil memberikan respons mengenai perbualan tular antara suaminya Aliff Aziz dah NRF yang dipercayai adalah Ruhainies.
Berang Dituduh Hasut Jenama Lain, Bella Astillah ‘Sound’ Ruhainies - “Macam Mana Boleh Terfikir Idea Fitnah Sampai Tahap Ini!”
Bella kongsi semula IGs Sarah Yasmine.
Nama Dipetik Dalam Perbualan Whatsapp Viral, Jenama Suplemen Beri Respons
Jenama suplemen terkemuka, Kitsui memberi respons susulan nama dipetik menerusi perbualan Whatsapp yang didakwa berlaku antara bekas dutanya dengan seorang pelakon lelaki.
Sarah Yasmine Dakwa Ruhainies Hasut Aliff Robohkan Rumah Tangga? - “Lepas Ni Awak Free, Tak Ada Lagi Toxic”
Wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine atau lebih hangat dikaitkan sebagai ‘kekasih gelap’ penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendakwa aktres sensasi, Ruhainies sebagai dalang penghasut disebalik konflik rumah tangga Aliff dan Bella Astillah.
Pengalaman Baru Menonton Filem Dengan Gaya Hip & Trendy Menerusi ‘Silent Cinema’ Di Malaysia!
Penerbit filem Astro Shaw menjalinkan kerjasama bersama RexKL untuk memberi pengalaman baru menonton filem-filem terbaik terbitan Astro Shaw secara ‘Silent Cinema’.
Caprice Nasihat Aliff Aziz Serahkan Bukti 400 Foto, Video Kecurangan Bella Astillah Kepada Polis - "Ada Mangsa Lain Yang DM..."
Caprice dedah Aliff buat laporan polis berhubung kecurangan isterinya.
Guna Banyak Singkatan Perkataan Pelik, 'Kod' Mesej 'MUSM' Aliff Aziz Kepada Ruhainies Trending Di X
Penggunaan singkatan perkataan 'Miss You (u) So Much' (MUSM) menjadi topik hangat di aplikasi X, semalam. Singkatan itu didakwa digunakan penyanyi, Aliff Aziz sebagai membalas mesej 'LUM' atau 'Love You (u) More' yang dihantar pelakon, Ruhainies. Singkatan-singkatan tersebut adalah antara kandungan mesej yang dipaparkan pada tangkap layar WhatsAp
“Dekat Situ Nampak Dia Push Aliff” - Bella Astillah Kecewa, Terkejut Suami Sendiri Didakwa Rancang Mahu Jatuhkan Dirinya
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah mengakui kecewa dan sedikit terkejut apabila melihat tangkap layar perbualan Whatsapp yang didedahkan oleh satu individu baru-baru ini.
Kasihan Ibu Aliff Aziz, Dihentam, Dibenci Netizen... Sarah Yasmine Ambil Tugas Cerita Hal Sebenar!
Banyak Sarah 'spill the tea' fasal Aliff Aziz.