Kisah 12 pelajar termasuk seorang jurulatih satu pasukan bola sepak yang berjaya diselamatkan selepas terperangkap selama 17 hari di dalam Gua Tham Luang, Thailand bakal dijadikan sebuah naskhah ke layar perak.

Idea itu direalisasikan satu produksi dari Hollywood, Pure Flix Entertainment yang berhasrat membawa kisah tersebut ke dalam sebuah filem untuk dipertontonkan kepada khalayak.

Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Pengasas Bersama Pure Flix, Michael Scott turut berada di lokasi di mana mangsa diselamatkan sejak beberapa hari lalu.

Ujarnya, dia melihat sifat keberanian dan heroism dalam insiden ini suatu yang memberikan inspirasi yang menakjubkan.

Scott memberitahu The Hollywood Reporter, dia akan menerbitkan filem yang membawa kisah ini.

Sebagai kajian untuk filem ini, Scott sudah bercakap sebahagian daripada 90 penyelam yang terbabit dalam misi menyelamat ini termasuk beberapa anggota keluarga mangsa.

Bagi proses praproduksi, Scott akan senaraikan penulis skrip dalam nasa beberapa minggu dan filem ini akan diterbitkan bersama dengan Adam Smith dari Kaos Entertainment.

Filem ini dijangka menelan belanja sebanyak AS$30 sehingga AS$60 juta yang menjadi filem paling mahal diterbitkan Pure Flix dan Pinnacle Peak.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: Facebook @thaiSEAL