Penyanyi, Amira Othman terharu apabila ada seorang peminat yang sanggup datang menemuinya dengan hanya menunggang motosikal.

Menerusi ruangan Instagram Stories miliknya, Amira menceritakan peminat setianya itu telah menaiki motosikal dari Kangar ke Arau yang berjarak kira-kira 10 kilometer.

Selebriti yang popular menerusi lagu Hati Hati ini telah membuat persembahan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis pada Selasa lepas.

"Adik ni datang naik motor dari Kangar, kadang-kadang saya terfikir kenapa baik sangat awak awak ni semua sanggup susah payah untuk jumpa saya.

"Kadang-kadang, bila penganjur suruh balik awal tanpa layan peminat, saya tak akan sampai hati," tulisnya.

Di entri yang sama, Amira juga menyatakan bahawa peminat adalah sumber kekuatannya untuk terus bergiat dalam industri seni dan dia akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.


Teks : Asraf Aided
Sumber : Instagram Amira Othman