Pelakon Fathia Latiff mengakui selepas tiga tahun putus cinta, dia lebih rela bergelar solo dari berpasangan dan akhirnya dikecewakan lagi.

Fathia mengakui dia tidak melihat sebuah perkahwinan menjadi jaminan kebahagiaan dalam hidup seseorang.

Malah, perkahwinan bukan satu keutamaan bagi Fathia buat masa ini.

"Pengalaman sebelum ini banyak mengajar dan mematangkan diri saya. Biarlah saya hidup sendirian dulu sehinggalah bertemu dengan lelaki yang tepat.

"Jika dulu, saya yang mengejar cinta lelaki tetapi kini tidak lagi. Selepas adik perempuan berkahwin, pastinya emak juga mahu melihat saya berumah tangga.

"Saya pula sebaliknya, saya melihat perkahwinan bukan keutamaan buat masa sekarang," jelasnya.

Fathia beranggapan golongan lelaki berasa takut untuk mendekatinya kerana dia nampak lebih matang dan serius dengan karier seninya berbanding dulu.

Nur Fathia Abdul Latiff pernah menjalinkan hubungan dengan pelakon, Aiman Hakim Ridza selama tiga tahun tetapi tidak kekal kerana tiada lagi persefahaman antara mereka.


Teks Oleh: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Harian Metro