Isteri kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid bersyukur kerana dapat menyusukan dua anak angkatnya serentak dengan bayinya, Yusoff Al-Qardawi.

Usaha untuk menjadi ibu susuan kepada anak angkat mereka iaitu Qayyum berusia 7 bulan dan Ameena, 10 bulan dilakukan selepas mendapati susu yang diberikan untuk Yusoff berlebihan.

Menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, Shahida berkongsi kegembiraan selepas mendapati Qayyum berjaya minum susunya tanpa menolak.

Selepas Qayum, Shahida bakal cuba untuk memberikan susunya kepada Ameena.

“Semalam dah try bagi sebotol susu ibu dekat qayyum sebotol utk bg cuba dia nak ke x ? Nasib baik dia minum dengan seronoknya sehinggalah habis sebotol...hari ni kita bg lagi 2 botol dan esok lagi 2 sampai cukup 5 kali kenyang...

“Lepas settle qayyum kita settle ameena pula sbb ameena ni sejenis minum susu main2....jadi susah sikit.

“Lepas ni minta jgn tanya saya soalan2 ttg ibu susuan lagi saya penat dah...dr hari pertama saya bersalin dah byk netizen2 push terus susukan...dia ingat apa lepas bersalin mmg keluar susu memancut2 mcm air terjun ke,” tulisnya.

Melalui sebuah entri terbaharu Shahid turut dugaan menyusu penuh anaknya sebelum ini, namun dia tetap berharap dia dapat terus menyusu sehingga umur Yusoff mencecah dua tahun.

“Rezeki anak2......lepas stok yusoff dah banyak...kita buat stok meena pula dgn qayyum yg dalam botol tu.....

“Menyusukan anak dengan susu ibu mmg mencabar..saya fully breastfeed dr @qadejah lagi...mcm2 dugaan nak bg susu konsisten kena pump 2-3 jam sekali.....masa dan yg paling x tahan kalau ada luka.

“Alhamdulillah jika diizinkan saya juga mengimpikan rezeki menyusu @yusoffalqardawi sampai umur 2 tahun seperti @qadejah & @baem_adham ...dulu waktu anak sulung @ammarahyan saya x susukan sbb x pandai maklum lah beranak muda....baby baru lahir mmg selalu berak saya pula ingat dia berak sbb minum susu saya...jadi saya pun perah dan buang...lahai bodohnya la waktu tu kan,” tulisnya lagi.

Anak lelaki bongsu pasangan itu dilahirkan pada 25 Jun yang lalu.

semalam dah try bagi sebotol susu ibu dekat qayyum sebotol utk bg cuba dia nak ke x ? ..Nasib baik dia minum dengan seronoknya sehinggalah habis sebotol...hari ni kita bg lagi 2 botol dan esok lagi 2 sampai cukup 5 kali kenyang... . Lepas settle qayyum kita settle ameena pula sbb ameena ni sejenis minum susu main2....jadi susah sikit? Lepas ni minta jgn tanya saya soalan2 ttg ibu susuan lagi saya penat dah...dr hari pertama saya bersalin dah byk netizen2 push terus susukan...dia ingat apa lepas bersalin mmg keluar susu memancut2 mcm air terjun ke?....

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

rezeki anak2......lepas stok yusoff dah banyak...kita buat stok meena pula dgn qayyum yg dalam botol tu..... . . Menyusu kan anak dengan susu ibu mmg mencabar..saya fully breastfeed dr @qadejah lagi...mcm2 dugaan nak bg susu konsisten kena pump 2-3 jam sekali.....masa dan yg paling x tahan kalau ada luka??..... . Alhamdulillah jika diizinkan saya juga mengimpikan rezeki menyusu @yusoffalqardawi sampai umur 2 tahun seperti @qadejah & @baem_adham ...dulu waktu anak sulung @ammarahyan saya x susukan sbb x pandai maklum lah beranak muda....baby baru lahir mmg selalu berak saya pula ingat dia berak sbb minum susu saya...jadi saya pun perah dan buang...lahai bodohnya la waktu tu kan??

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

IG: @shahidadherbs
Teks oleh: Syafiqah Jalal