Perasaan rindu pelakon popular, Norman Hakim terhadap Mohamed Danish Hakim sekian lama akhirnya terubat apabila menyambut kepulangan anaknya itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam.

Sejak semalam Norman tidak sabar menantikan anak sulungnya itu pulang dari Turki sambil memuat naik video memaparkan beberapa keping gambar anaknya ketika melanjutkan pengajian di sana.

Pelakon drama bersiri popular, Gerak Khas ini kelihatan segak berbaju Melayu hitam dan bersamping dan songkok ketika pergi ke KLIA untuk menjemput anaknya itu.

Menariknya, dia turut membawa satu bakul juadah Aidilfitri seperti ketupat, lemang dan kuah kacang dan berhasrat mahu menyuap anaknya itu makan.

Kepulangan yang dinanti @danishhakim_243 Al-Hafiz . . ALHAMDULILLAH terima kasih Ya Allah...❤️ #Part2

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on


Dalam satu video lain pula menyaksikan pertemuan dua beranak ini yang berpelukan dan menitiskan air mata.

Netizen di media sosial juga berasa sebak melihat aksi mereka ini apatah lagi Norman menitiskan air mata.

Pertemuan itu yang turut disertai ibu Danish, Abby Abadi.

Apa yang membuat berkongsi perasaan sedih campur gembira ketika melihat Norman bermanja dengan Danish.

Norman mengotakan hasratnya untuk menyuapkan makanan ke mulut anaknya itu.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @normanhakim_786