Penyanyi terkenal Hollywood, Gwen Stefani sedang hangat bercinta bersama penyanyi dan juri pertandingan The Voice, Blake Shelton.

Menurut Gwen, walaupun sejak kebelakangan ini terdapat ramai selebriti Hollywood yang sedang merancang untuk bertunang dan berkahwin , dia masih tidak bersedia untuk perkara sebegitu.

"Kami berdua masih belum mempunyai masa yang cukup untuk menjalinkan ikatan yang sah memandangkan jadual kerja saya dan Blake sangat padat buat masa ini," kata Gwen.

Menurut sumber, Gwen dan Blake telah memberikan komitmen yang serius dalam hubungan mereka tetapi kedua-duanya tidak mahu bergesa dalam membuat keputusan.

Teks : Asraf Aided
Sumber : celebrityinsider.org