Baru-baru ini, penyanyi Aizat Amdan telah mendedikasikan lagu terbarunya, Harapan Jadi Nyata buat Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad atau lebih lebih mesra disapa sebagai Tun M.

Menerusi entri terbaru laman Instagram Tun M, single terbaru Aizat digunakan sebagai muzik latar untuk video ucapan terima kasihnya terhadap rakyat Malaysia yang mendoakannya sempena hari jadi beliau yang ke 93 pada Selasa.

Di entri yang sama, Tun M turut memberikan kredit terhadap Aizat malahan terus mengikuti Aizat di akaun Instagramnya itu.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas ucapan dan doa sempena ulangtahun kelahiran saya yang ke 93. I would like to thank everyone for the best wishes and prayers I received on my 93rd birthday. Kredit Muzik Latar : Harapan Jadi Nyata @aizatamdan

A post shared by Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) on

Perkara ini telah membuatkan Aizat menjadi artis kedua yang diikuti Tun M selepas Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Angka pengikut akaun rasmi Tun M yang menggunakan nama @chedetofficial itu telah mendadak naik sehingga 1.4 juta selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 baru-baru ini.

Teks : Asraf Aided
Sumber : Instagram Tun Dr Mahathir