Masalah sering terjadi apabila kita ingin membeli barangan kelengkapan rumah. Jenama memainkan peranan penting, begitu juga dengan harga.

Antara isu yang sering dihadapi oleh ramai orang adalah harga barangan berjenama yang agak mahal dan tak mampu dimiliki oleh pengguna.

Namun begitu, anda tidak perlu risau lagi kerana ada jalan penyelesaian! Ingin dapatkan barangan berjenama besar seperti Samsung, SHARP, dan Sony di bawah satu bumbung dengan harga yang murah?

Mahu membeli-belah barangan dengan harga promosi serendah RM1? Mahu mendapatkan barangan kelengkapan rumah seperti televisyen dengan harga RM350 sahaja?

Atau mahu bergaya dengan meja makan cantik dengan harga serendah RM199? Big Brands Outlet jawapannya!

Menawarkan pelbagai jenama besar di bawah satu bumbung, Big Brands Outlet bakal membuatkan pelanggan rambang mata dengan penjimatan yang sangat berbaloi.

Ha, betul, tak bohong, Big Brands Outlet menawarkan promosi tersebut, sumpah tak tipu! Big brands big savings!

Pelbagai barangan IT (kamera, telefon pintar, tablets, komputer riba), televisyen, sistem bunyi, produk pendingin hawa serta kipas, perabot, kelengkapan bilik tidur serta barangan kelengkapan rumah boleh didapatkan dengan harga yang murah!

Mula dibuka kepada umum semenjak 24 Mei lalu, jenama seperti Acer, Elba, HP, LG, Mille, Panasonic, Samsung, Sharp, Sony dan banyak lagi anda boleh dapatkan di Big Brands Outlet.

Kunjungi Big Brands Outlet yang terletak di tingkat bawah (G 14 & G 15), AEON Mall Bukit Raja, Bandar Baru Klang!

Untuk lebih informasi, kunjungi laman Facebook Big Brands Outlet di www.facebook.com/bigbrandsoutletmy atau laman Instagram @bigbrandsoutletmy.