Iggy Azalea Nafi Hubungan Bersama Tyga

11 Julai 2018. 7.28 PM
574
Hiburan
Iggy Azalea Nafi Hubungan Bersama Tyga
Selebriti terkenal Hollywood, Iggy Azalea baru-baru ini telah digosipkan bercinta bersama penyanyi rap Tyga.

Iggy menafikan khabar itu dan menegaskan bahawa dia tidak mahu bercinta dengan sesiapa yang berada di dalam industri muzik seperti dirinya.

"Saya sangat bersendirian, saya mahu mencari seseorang yang tidak terlibat dalam industri muzik," kata penyanyi rap tersebut.

Ada juga khabar angin yang mengatakan mereka bergambar berpelukan ketika menghadiri Festival Muzik Coachella tahun ini, namun ia turut dinafikan oleh Iggy.

"Kami tiada gambar berpelukan di festival muzik itu, tetapi memandangkan terlampau ramai orang disitu, sudah semestinya kami akan duduk bersebelahan," tambahnya lagi.

Hubungan kedua-dua penyanyi rap ini terus menjadi tanda tanya di kalangan peminat, sebelum ini, Tyga pernah menjalinkan hubungan bersama personaliti dan usahawan terkenal Kylie Jenner.

Teks : Asraf Aided
Sumber : hollywoodlife.com

Artikel Berkaitan