Pelakon Sharifah Sakinah menempelak segelintir artis yang menjual produk kecantikan dengan cara memperdaya pelanggan.

Kata Sakinah, tidak salah seandainya golongan selebriti berniaga tetapi haruslah berlaku jujur.

"Untuk selebriti yang menjual produk dan berbisnes, tiada apa yang salah pun dengan usaha itu.

"Kadang-kadang bisnes itu mampu menampung kehidupan artis tanpa berharap sepenuhnya kepada bayaran berlakon/ menyanyi.

"Asalkan ikhlas, produk dan servis yang bagus akan menjamin kepuasan pelanggan.

"Jadi, marilah kita sama-sama menyokong antara satu sama lain," tulis Sakinah menerusi Instastory.

Dalam siri Instastorynya juga, pelakon Bini Aku Dari ... itu memerli artis yang mengeluarkan produk sendiri namun masih menggunakan produk jenama antarabangsa.

"Korang dah putih buat produk pemutih kulit, lepas tu cakap korang putih sebab produk tu, ha tepuk!" perli Sakinah.

Sakinah turut memerli artis yang mengeluarkan produk pelangsingan badan dan minuman detoks dengan cara promosi tak munasabah.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @sharifah_sakinah