Kelab peminat rasmi pelakon Fattah Amin, The FA Team akhirnya bubar selepas lima tahun ditubuhkan.

Selepas berita pembubaran kelab peminat Fattah diperkatakan tempoh hari, ramai orang yang mendakwa isterinya, aktres jelita Nur Fazura sebagai punca pembubaran.

Fazura dikatakan sering campur tangan dalam urusan karier Fattah yang menyebabkan segelintir peminat berasa kurang senang dan selesa.

"Saya tahu ada yang menyalahkan serta menuduh saya mengawal Fattah. Tuduhan itu tidak benar sama sekali. Suami saya adalah seorang yang sangat tegas dan bijak dalam membuat setiap keputusan hidupnya.

"Pada masa sama, tiada sebab untuk saya campur tangan atau mengawal hidup Fattah kerana sebagai seorang isteri, sayalah yang sepatutnya kena dengar cakap dia," jelas Fazura.

Fattah dan Fazura telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.


Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: BH Online