Penyanyi yang sedang melonjak naik, Khai Bahar mendedahkan dia mungkin tidak mahu mencari kekasih, sebaliknya dia akan terus mencari seorang calon isteri.

"Kekasih rasanya tak cari, saya nak cari calon isteri terus," katanya.

Menurut Khai, dia mencari seorang wanita yang bersopan santun, penyayang, menghormati ibu bapa dan seorang pendengar yang baik.

"Bercakap tentang sifat-sifat manusia yang saya tidak sukai, saya kurang gemar dengan seseorang yang suka marah-marah, penipu dan ego," katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, selepas tampil dengan single Luluh dan duet bersama Fatin Husna, penyanyi berusia 24 tahun ini akan melancarkan single terbaru tidak lama lagi.

Teks : Asraf Aided
Sumber : Mstar