TUTUP

Bersedia Menyanyikan Lagu Awie, Hans Issac Cabar Diri Masuk Kelas Vokal

Hiburan
Bersedia Menyanyikan Lagu Awie, Hans Issac Cabar Diri Masuk Kelas Vokal
Pelakon dan penerbit, Datuk Hans Isaac mengakui telah memasuki kelas vokal untuk mencabar diri menyanyikan lagu rakan baiknya iaitu Datuk Awie di Baik Punya Concert 4D.

Menurut Hans, perkara itu dilakukan adalah untuk membuktikan bahawa dia mampu untuk setanding dengan tiga orang rakan baiknya iaitu Datuk Awie, Datuk Afdlin Shauki dan Datuk AC Mizal.

"Buat masa sekarang saya sudah mula masuk ke kelas vokal untuk memperbaiki mutu vokal ketika melakukan persembahan.

"Saya bersedia menyanyikan lagu Awie di atas pentas kerana seperti semua orang tahu saya tiada pengalaman menyanyi berbanding tiga orang rakan yang lain.

"Walaupun perkara itu sukar dilakukan namun saya mencabar diri untuk berlatih dan membuktikan pada mereka yang saya juga mampu untuk lakukan," katanya kepada Astro Gempak.

Hans berkata demikian ketika ditemui ketika majlis sidang media Baik Punya Concert 4D di Istana Budaya, baru-baru ini.

Selain Hans, konsert yang bakal diadakan pada 26 hingga 28 Julai ini turut menampilkan tiga orang selebriti iaitu Datuk Afdlin Shauki, Datuk Awie dan Datuk Ac Mizal.

Dapatkan tiket sekarang di www.airasiaredtix.com dengan harga bermula dari  RM98 dan untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi Tall Order Sdn Bhd di talian 03-422532241.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Artikel Berkaitan