Program realiti permainan lawak, Super Spontan bakal menemui penoton bagi musim ke-7 dengan edisi istimewa, Super Spontan Xtravaganza (SSX).

Menampilkan sedikit kelainan, SSX bakal dibarisi 16 bintang yang terdiri daripada pelawak, pelakon dan penyanyi terkenal.

Antara barisan bintang tersebut adalah Zara Zya, Tomok, Achey, Shahrol Shiro, Nizam Jentik Jentik, Tauke Jambu, Atu Zero, Izzue Islam, Siti Elizad, Reza Zainal, Rashid Salleh, Fad Bocey, Abam Bocey, Mamak Puteh, Joey, Anas Ridzwan dan Jaa Suzuran.

16 selebriti itu bakal merebut hadiah kemenangan sebagai juara sebanyak RM100,000 dan sebuah trofi.

Sementara naib juara pula memenangi wang RM50,000 manakala tempat ketiga menerima RM25,000 dan tempat keempat, ketiga dan keenam masing-masing bakal menerima RM5,000.

Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata mereka menyuntik sedikit kelainan pada musim terbaharu ini bagi memberi lebih warna.

“Kami masih mengekalkan sebahagian besar format program namun menyuntik sedikit kelainan dengan melibatkan secara langsung penyertaan penonton dan juga pertukaran sistem.

“Jadi program ‘Spontan Tepi Jalan’ diterbitkan khas untuk mencari dua orang penonton bertuah untuk menyertai para pemain di gelanggang akhor SSX nanti,”katanya.

Raqim berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pengenalan peserta SSX di Hotel Marriott Putrajaya, pada Isnin.

SSX bakal bersiaran secara langsung dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang pada setiap Jumaat bermila 20 Julai, jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Bertemakan ‘tukang masak’, SSX membentuk dua kumpulan iaitu Sotong Kangkung yang membawa imej ‘tukang masak jalanan’ dan kumpulan Lobster Leleh mencerminkan imej ‘tukang masak di hotel’.

Buat julung kalinya juga program ini bakal menyaksikan pertukaran sistem pemarkahan iaitu 50 peratus daripada barisan juri dan 50 peratus lagi dari undian penonton.

Setiap kumpulan akan dikritik dan diniali oleh dua jri tetap iaitu Datuk Afdlin Shauki dan Adibah Noor serta bersama lagi seorang juri jemputan.

SSX turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan ‘on demand’