Bintang pop remaja popular, Justin Bieber dipercayai telah melamar kekasihnya, Hailey Baldwin ketika sedang makan malam di sebuah restoran di Bahamas, baru-baru ini.

Bieber dilaporkan bakal berkahwin dengan Baldwin, 21, setelah berpacaran selama sebulan.

Menurut laporan TMZ, saksi yang berada di dalam restoran tersebut diarahkan oleh pasukan keselamatan Bieber untuk menyimpan telefon bimbit masing-masing ketika penyanyi itu melamar kekasihnya.

Ahli keluarga pasangan itu mengesahkan bahawa laporan mengenai lamaran itu adalah benar.

"Rasa bangga adalah satu perkara remeh. Sebenarnya, kami teruja untuk bab seterusnya," kata Jeremy Bieber, bapa penyanyi itu di Instagram miliknya.

Selain itu, ibu Bieber, Pattie Mallette, sekadar memuat naik mesej 'Cinta, Cinta, Cinta, Cinta, Cinta, Cinta, Cinta' di laman Twitter miliknya.

Sebelum ini, Bieber pernah menjalin hubungan dengan penyanyi, Selena Gomez dan model, Sofia Richie.


Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: tmz.com