Ia dianggap suatu yang menakjubkan apabila seorang individu bukan Islam boleh menangis ketika pertama kali membaca al-Quran.

Pengalaman cukup indah itu dikongsi seorang lelaki warga Inggeris yang memberitahu dia terserempak dengan seorang lelaki Muslim yang memberikan buku iaitu al-Quran kepadanya.

"Dia tinggalkan buku di tempat duduk dan kemudian turun kapal terbang. Saya kejar dia dan memberitahu dia tertinggal buku.

"Dia kata tidak, anda simpanlah. Saya simpan dan kemudian ketika saya menunggu di tempat duduk di Lapangan Terbang Heathrow, apa yang berlaku saya mula menangis ketika membaca al-Quran," katanya dalam satu video yang dimuat naik Zayan di Facebook.



Sambungnya, perasaannya berasa gembira selepas membaca al-Quran.

"Saya baca lagi dan kemudian menangis lagi," katanya.

Ceritanya lebih unik apabila dia akhirnya mengetahui lelaki muslim tadi adalah jiran saudara lelaki Inggeris itu di London.

Menariknya, al-Quran menjadi buku kegemaran lelaki Inggeris tersebut yang mengimbau kejadian berkenaan berlaku di dalam kapal terbang ketika pulang ke New York.

Bukan saja tersentuh perasaan ketika membaca al-Quran, lelaki itu juga mengsyorkan pada orang lain untuk memilikinya.

"Al-Quran adalah peta kehidupan," katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi