Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus menjadi perhatian khalayak khususnya netizen di media sosial lebih-lebih lagi status terbarunya memaparkan beliau memegang gambar dirinya dengan baju Superman.

Foto tersebut merujuk pada satu bingkai gambar yang memaparkan ayat, 'The Super Young Man' bersama ucapan tahniah sebagai menteri termuda di Malaysia.

Meskipun foto itu bukanlah sepertimana yang digambarkan sebagai seorang adiwira komik terkenal itu tetapi ia mengundang pelbagai persepsi daripada netizen.

Segelintir netizen mengucapkan tahniah atas pengiktirafan tersebut termasuk mereka juga terhibur dengan foto berkenaan.

Look what i found in my office ?

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on


Salah seorang netizen dikenali sebagai shaharulfahmihjawang menggelarkan menteri muda itu sebagai Super Saddiq!

"Buat keje dulu kotakan janji..baru kami rakyat jelata boleh nilaikan prestasi YB samada patut dpt Super Saddiq ke x. Terlalu byk post yg memuji diri ..jgn sampai memakan diri," kata netizen, zalfa_laily88.

Bagi azierahrossa pula memberi sokongan pada Syed Saddiq dan mahu rakyat lebih berfikiran matang dan positif.

"Yb tidak bermegah2..dia nk menghargai ape org bg..salah ke dier nak share kisah dia..kite dah ade kerajaan yg baru..so kite kne berfikiran matang dan positif..baru lah negara maju..kalau negetive je..lama2 mundur pkiran," katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @syedsaddiq