Bekas bintang program realiti Akademi Fantasia 6, Ika Nabella atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim, 27, sah bergelar isteri kepada Muhammad Zaid Aznam, 29, dengan sekali lafaz pada jam 2.25 petang tadi.

Menurut laporan BH Online, majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di Dewan Batu Maung, Pulau Pinang. Pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid Ridwaniah, Sungai Batu Bayan Lepas, Ahmad Fuad Abd Hamid.

Zaid menyerahkan mas kahwin bernilai RM1,008 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan. Pasangan mempelai itu, masing-masing turut menyerahkan tujuh dulang hantaran.

Pasangan itu akan diraikan pada majlis resepsi yang diadakan di sebuah hotel di Pulau Pinang esok, manakala majlis bertandang pula akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 20 Ogos ini.

Sebelum ini, Ika dan Zaid melangsungkan majlis pertunangan pada 14 Mei lalu di kediaman Ika di Pulau Pinang.

Sumber: BH Online

Foto: Ihsan Instagram @ikanabella @adimuhaiminhakim @aidilsentoi @rafaphotograhpy_malaysia @zarulhadi @petaigraphyofficial @silentzstudio @rhonafilm











. LIVEUPDATE The Solemnization of Ika Nabella & Muhammad Zaid . . Dais & Decorations | Putree Bridal Penang Dress | @AriWeddingCouture MUA | @ShazreeyanaShukri Doorgifts | NurCakeHouse 0182741906 Dessert | @dhadalittlebakery . . Team Liveupdate OP | @adimuhaiminhakim @aidilsentoi @rafaphotograhpy_malaysia OV | @zarulhadi @petaigraphyofficial . . OP | @silentzstudio OV | @rhonafilm . . Bridesmaids Attire | @lilypetuna @by_ikanabella Bridesmaids MUA @andaman_sue Bridesmaids | @fieqanori @rashdiyanaroslan @eytalaila @sofea_izzaty @miera_zizan @syymymy @irasurayaroslan . . #IkaZaidSeriously #IkaZaidPartyOf2 #AdventuresOfZI

A video posted by Malaysian-based Actress&Singer (@ikanabella) on