Pelakon Shukri Yahaya mengakui kagum dengan pengorbanan yang dilakukan oleh isterinya, Tya Adnan dalam menguruskan hal rumah tangga.

Menurut Shukri, dia merupakan seorang beruntung apabila dianugerahkan seorang isteri yang sanggup meninggalkan kerjaya demi keluarga.

"Sejak hamil lagi isteri mengambil keputusan untuk meinggalkan kerjayanya bagi mengasuh sendiri, Aaira Ameena yang kini berusia dua tahun.

"Saya bersyukur kerana ada seorang isteri yang sanggup berkorban dalam memastikan puteri sulung kami terjaga.

"Sejujurnya tiada kata-kata yang dapat diungkapkan pada isteri diatas pengorbanan yang dilakukan ini.

"Jadi sebagai seorang suami saya mengambil tanggungjawab untuk mencari nafkah sepenuhnya pada keluarga dan isteri akan sentiasa berada di rumah untuk menguruskan hal rumah tangga," katanya pada Astro Gempak.

Shukri berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan barisan pelumba Toyota Gazoo musim kedua di APW Bangsar, baru-baru ini.

Shukri sekali lagi dipilih untuk musim kedua perlumbaan kereta selain Datin Diana Danielle, Shawn Lee dan Janna Nick

Antara selebriti lain yang menyertai Toyota Gazoo musim kedua ialah Aiman Tino, Nabila Razali, Wany Hasrita, Nabil Ahmad, Aqim Ahmad dan Khai Bahar.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Foto: Instagram