Lebih terkesan, apabila kenalan dan ahli keluarga Syazwan Zulkifly memberitahu wajah bayi tersebut mempunyai iras wajahnya semasa kecil.
Menerusi laman Instagram (IG), Syazwan berkongsi fotonya ketika kecil yang serupa dengan Adam.
Syazwan turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa agar kuat menghadapi dugaan.
Pelakon itu meminta kepada pesalahnya juga diberikan hukuman setimpal dengan apa yang dilakukan.
Syazwan juga berharap agar perkara itu tidak berulang lagi.
Foto: IG Syazwan Zulkifly
Teks oleh: Syafiqah Jalal