Penyanyi Aishah meminta agar peminatnya terutama lelaki tidak menghubunginya hingga lewat malam bagi menghormati statusnya yang sudah berkahwin.

Aishah menerusi akaun Instagram (IG) berkata meskipun dia artis namun perlu ada batasnya dengan peminat.

Menurut penyanyi lagu Pulang itu biasanya suaminya akan mengendalikan telefon bimbitnya ketika dia sibuk dan bagi mengelak fitnah lebih baik dia menjaga batas dengan peminat.

Pun begitu, Aishah berkata biasanya dia akan melayan sehabis baik peminatnya yang selama ini menyokongnya selama 30 tahun di dalam industri.

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami hari ini.Kerja2 semua berkenaan kegiatan seni I yg. akan datang.Semua kami cuba uruskan secara terbaik utk membawa karya yg akan dpt.menghiburkan peminat.Memang I sgt.sayang pada peminat dan menghargai mereka yg setia mendengar lagu2 I selama 30tahun bergelar artiste.Seboleh2nya I akan layan peminat2 yg berhubung dgn.I dgn apa cara sekali pun(DM,Messenger dll)Tapi hubungan ini masih tetap kena ada batasannya,berlandaskan hukum syarak dan tata tertib kita sebagai orang timur.Jadi, seelok2nya terutama peminat2 lelaki kalau pun minat,lebih baik berhubung waktu siang hari.Janganlah sampai tengah2 malam pun masih ingin berkomunikasi.Hormatilah status I sebagai seorang isteri walaupun I artiste.Diharap bila kita menjaga tata tertib begitu segala yg kita buat akan mendapat keberkatan.Lagipun adakala I terlalu sibuk,suami I yg akan kendalikan handphone I.Supaya jangan jadi satu fitnah.I mohon maaf seandai ada yg berkecil hati dgn status ini.Insyaallah apa yg I tulis ini akan membawa kebaikan bersama.

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on


Aishah berkahwin kali keempat pada tahun lalu, namun merahsiakan identiti suaminya.

Menerusi dua perkahwinan pertamanya, Aishah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Armand Azhari, 24, dari perkahwinan pertama yang dirahsiakan dan Azhad Ahlami, 19, dari perkahwinan kedua dengan Muhammad Abdullah pada 1997 sebelum sah bercerai pada 2005.

Aishah kemudiannya berkahwin dengan Faizal Sazali Zulkifli pada 2010 namun bercerai setahun kemudian.

Foto: IG Aishah
Teks oleh: Syafiqah Jalal