Gelagat anak pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar tidak pernah tidak melucukan.

Sebut sahaja Yusuf pastinya keletah bersahaja anak kecil ini menjadi perhatian dan mencuri tumpuan orang ramai.

Menerusi entri di instagram (IG), pelakon Hanis Zalikha telah berkongsi sebuah video gelagat Yusuf yang membuatkan netizen geram dengan telatah comelnya.

"Dia yang bagi kita dia lupa @theyusufiskandar," tulisnya.

Dia yang bagi kita dia lupa @theyusufiskandar

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on


Rata-rata yang menyaksikan video itu mengakui terhibur dengan telatah comel Yusuf yang terlupa apabila dia meminta Hanis memegang coklatnya bagi membuka balang makanan namun coklat itu telah dimakan oleh ibunya.

"@_wandasuuu_: Sumpah berdekah bila tengok muka Yusuf teringat mana coklat dia pegi. Kahkahkahkah."

"@rin_nurin: Hahahahahahahahahahaha aduh dia ni jangan comel sangat! Yusuf so clever."

"@checicako: Hahahahaa! Dok mencari coklat dia balik."

"@ieraazri_Anak: Memang macam tu. Selalu sangat kejadian macam tu berlaku. Dia yang bagi kita then dia lupa. Pastu siap minta balik, time tu kita ni tengah sedap makan rasa nak tercekik sebab tergelak."

"@aisera__: In the kitchen but where mommy? Hahaha. Clever Yusuf. Dia ingat coklat dia ‘simpan’ dalam mulut mommy."


Hanis dan Hairul telah bernikah pada Jun 2015 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki hasil perkahwinan mereka.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Foto: Instagram