Kes perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini bukan saja menarik perhatian dunia tapi golongan selebriti termasuk Fauziah Ahmad Daud (Ogy) juga bersuara di media sosial.

Pelakon senior itu memuat naik status yang menyatakan adab penyokong Najib ketika berteriak melaungkan perkataan 'Hidup Melayu' di luar perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi tadi.

Dalam status itu menyatakan tindakan sedemkian memalukan apatah lagi Peguam Negara, Tommy Thomas memberi komen agar melakukan perbuatan itu dengan cara lebih bertamadun.

Ogy juga bersetuju dengan status itu yang disifatkan memalukan apabila satu dunia menonton perlakuan penyokong Najib.

Satu Dunia Dok Tengok Weiii!!! Malu Weiii!!! ?

A post shared by Fauziah Ahmad Daud (@kak_ogy) on


Status Ogy itu disokong ramai netizen yang berpandangan sama, tindakan penyokong itu memalukan masyarakat Melayu termasuk Islam.

"Org2 melayu dok puja bahasa korea, makanan korea, jantan korea, tu camner? jgn nak jadikan bahasa inggeris tu isu besar la. caption post saya pasal adab org2 melayu yg hkg adab nya tadi tapi dok teriak hidup melayu. yg dok teriak tu tak pernah langsung ke berbahasa inggeris? walaupun sekali dlm hidup?," katanya.

Tindakan penyokong Najib itu juga dikatakan berlaku selepas mereka mendesak Peguam Negara mengadakan sidang media dalam bahasa Kebangsaan selepas kes perbicaraan selesai. Difahamkan, beberapa ahli UMNO turut hadir memberi sokongan termasuk kelibat pelakon, Ellie Suriaty.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: Malaysiakini