Tidak habis lagi kisah Meghan Markle yang tidak dapat menyesuaikan dirinya dengan keluarga diraja Britain, kini Meghan dikritik oleh sahabat Putera Charles yang bernama Nicky Haslam.

Menurut Nicky, keluarga Meghan adalah golongan kebiasaan dan tiada apa yang boleh dibanggakan.

Selain itu, dia juga menyatakan bahawa gaun perkahwinan Meghan yang dipakai baru-baru ini tidak sesuai dengannya.

Nicky turut mengatakan bahawa gaun itu tidak cantik rekaannya dan sepatutnya disiapkan dengan fabrik yang lebih nipis.

"Keluarga diraja tersebut tidak begitu tahu bagaimana untuk berurusan dengan keluarga Meghan," kata Nicky.

Teks : Asraf Aided
Sumber : hollywoodlife.com