Pelakon Hannah Delisha dikritik netizen selepas memuat naik sekeping gambar ketika bersenam di gimnasium.

Ternyata tindakan pelakon drama bersiri Mencintaimu Mr Photographer itu mengundang reaksi kurang selesa dalam kalangan peminat setianya.

Kebanyakannya meluahkan rasa terkejut dengan tindakan Hannah dan berharap dia lebih berhati-hati dalam berkongsi gambar di media sosial.

This is your life. Your story. Take the pen and stop letting others write it for you. #writeandgrind

A post shared by ?Hannah Delisha? (@hannahdelisha) on


“@nora_aini96: Ya ampun. Terdedah sangat gambar ni. Aurat tu jangan tunjuk sangatg. Banyak mata-mata jahat lelaki yang save gambar nie."

"@akmal__hamdan: Awak gambar ni tak cantik la, delete. Upload lain k?"

"aimanTika: Dan berdosalah seseorang itu jika tidak menegur orang yang membuat dosa. Semoga gambar ini dapat di padam."

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir netizen yang turut memberikan sokongan kepada Hannah serta mengecam indvidu yang mengkritik dirinya itu.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Foto: Instagram