Penyanyi Haqiem Rusli akhirnya membuat keputusan untuk kekal dalam industri hiburan sebagai penyanyi.

Haqiem Rusli menerusi akaun Instagram (IG) miliknya memaklumkan keputusannya itu.

Penyanyi lagu Jatuh Bangun itu memberitahu salah satu sebab utama mengapa dia mahu kembali menyanyi adalah kerana sokongan yang kuat yang diterima daripada semua dan kelab peminatnya.

Haqiem juga turut meminta maaf atas kelasahan yang tidak disengajakan selama ini.

Penyanyi itu kemudian memberitahu dia akan melancarkan sebuah lagu yang telah dirakamkannya dua bulan lalu bersama muzik video pada hari ini.

"Dua bulan sudah siap cuma last minit saya masih berfikir untuk release atau tidak, maaf sekali lagi, atas ada sebab tertentu, awak tahu sebabnya.

"So saya akan teruskan career music saya dan this is my new single, Selamat Tinggal Sayang,"
tulisnya di Instagram bersama sepotong video teaser muzik video single terbaharunya.

Esok,3 petang di FMC youtube channel.Lagu yang korang tunggu is it?So nahh saya bagi.Maaf atas kelewatan untuk release lagu ini,2 bulan sudah siap cuma last minit saya masih berfikir untuk release atau tidak ,maaf sekali lagi,atas ada sebab tertentu,awak tahu sebabnya. So saya akan teruskan career music saya dan this is my new single. “SELAMAT TINGGAL SAYANG” Composer : Haqiem Rusli Lirik : Haqiem Rusli Esok pukul 3 petang. #STS #SelamatTinggalSayang

A post shared by - (@haqiemrusli98_) on



Muzik video single tersebut akan dimuat naik di laman YouTube FMC pada pukul 3 petang hari ini.

Selamat Tinggal Sayang merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Haqiem.

Haqiem terdahulu telah memadamkan semua foto dalam Instagramnya awal Syawal lalu dan memberitahu akan membuat keputusan untuk bersara daripada dunia hiburan pada Julai.

Tindakan itu ekoran daripada masalah peribadi dan kemurungan yang dihadapinya sejak bergelar selebriti.

Baca: "Saya Depresi" - Delete Semua Gambar IG, Haqiem Rusli Bakal Berhenti Menyanyi?

Susulan kenyataan yang dibuat, orang ramai terutama selebriti turut meniupkan kata-kata semangat untuk kembali bangkit.

Baca: “Don’t Give Up”- Neelofa Beri Kata Semangat Pada Haqiem Rusli

Selepas membuat pengumuman malam tadi, Haqiem turut menukarkan status entri pertamanya sebelum ini dan menutup ruangan komen.

"Don’t mad, don’t judge, stay cool and stop cyber bullies," tulisnya.



Teks oleh: Syafiqah Jalal/ Amri Hassan
Foto: @haqiemrusli98_