Penyanyi yang sedang melonjak naik, Khai Bahar mengakui dirinya pernah ditegur oleh keluarga berkaitan masalah bau badan yang dihadapi ketika usia remaja.

"Kebanyakan remaja mengalami masalah badan berbau terutamanya di zaman sekolah".

"Dalam soal ini, lebih baik jika keluarga yang menegur daripada rakan-rakan, kerana kadang-kadang, teguran dari rakan boleh membuatkan kita tersinggung," katanya.

Panasnya hari ni... Puasa pulak tu! Tapi Khai ok je... Nak tahu kenapa? Sebab Khai guna NIVEA MEN Cool Powder. Sebab tu Khai sentiasa fresh dan cool walaupun cuaca panas... Tak percaya? Cubalah... Dapatkan NIVEA MEN deodoran sekarang dengan 50% tambahan pada pek di kedai - kedai terpilih!* #GayaRayaNIVEA #mynivea selamat berbuka.

A post shared by Khai Bahar (@khaibahar94) on


Khai ditemui di majlis pelantikannya sebagai duta produk Nivea untuk kempen Penjagaan Diri Terbaik bersama penyanyi Nabila Razali di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri Aman, Petaling Jaya, sebentar tadi.

Selepas ditegur, penyanyi yang popular menerusi lagu Luluh ini telah mengambil berat soal penjagaan serta kebersihan diri dan terus mengamalkannya dengan baik sehingga sekarang.

"Teguran itu juga membuatkan saya lebih sedar dan bersedia untuk berhadapan dengan orang ramai," tambahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, selepas sukses dengan lagu Rahsia Kita duet bersama pendatang baru Fatin Husna, Khai akan mengeluarkan single terbaru pada September ini.

Hi semua! Senyum riang nampaknya di pagi Hari Raya Aidilfitri. Mesti happy dapat berkumpul bersama keluarga kan... Khai pun sama. Happy sangat.. Ni Khai dah bersiap-siap dengan baju raya. Nampak cool dan macho tak? Cia cia cia... Sebab apa tau? Sebab Khai sentiasa gunakan Nivea Men Cool Powder untuk kekal segar, hensem dan bergaya sepanjang hari.. Tak caya? Cubalah... Dapatkan Nivea Men Deodoran sekarang dengan 50% tambahan pada pek di kedai-kedai terpilih! * #GayaRayaNivea #myNivea

A post shared by Khai Bahar (@khaibahar94) on


Teks : Asraf Aided