Bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi memohon peminat mendoakan kesihatan ayahnya yang dikejarkan ke hospital selepas terlentang dalam bilik air seorang diri.

Perkhabaran itu disampaikan menerusi kemas kini akaun Instagram (IG) miliknya, @abby_abadi112 sebentar tadi.

"Saya dan suami datang rumah mak, nak mandikan ayah tadi. Suami masuk bilik ayah, tengok ayah dah terlentang dalam bilik air sorang-sorang dan patah lagi tangan serta hilang upaya dah untuk bangun.

"Nak angkat berdua memang tak terangkat. Nasib ada anak beranak lain yang ramai datang tolong sama.

"Terpaksa panggil ambulan sebab badan ayah macam hilang daya langsung dan patah tangan serta tak boleh bergerak dah.

"Mohon doa kalian agar segalanya dipermudahkan," tulisnya.

Sahabat ❤️ Sy & suami dtg rumah Mak, nk mandikan Ayah tadi.. Suami masuk bilik Ayah, tengok Ayah dah terlentang dalam bilik air sorang2...patah lagi tangan.. + hilang upaya dah utk bangun. Nak angkat berdua mmg tak terangkat. Nasib ada anak beranak lain yg ramai dtg tolong sama ? . Terpaksa panggil ambulan sbb badan Ayah mcm hilang daya langsung + patah tangan, takleh bergerak dah. Mohon doa kalian agar segalanya dipermudahkan ye ?

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on


Dalam pada itu, peminat yang risau dengan keadaan tersebut meninggalkan komen yang mendoakan supaya ayahnya kembali pulih selepas menerima rawatan.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram