Gelagat bersahaja pengacara rancangan CCTV dan HLive, Alif Farhan, kepada pasangannya, Norul Fadzilah Basri di depan Tok Kadi berjaya mendapat perhatian netizen.

Menerusi entri di Instagram (IG), Alif berkongsi video berpantun kepada pasangannya sebelum memulakan majlis akad nikah.

"Perangai #cctvria bawak sampai ke akad nikah. Sekali tok kadi balas balik pantun dengan surah Al-Fatihah pulak.

"Kasi warm up dengan pantun dulu, biar kurang nervous." tulisnya.

Pengacara HLive, Alif Farhan Selamat Bernikah

Rata-rata memuji sikap Alif yang masih dapat bergurau dengan tetamu yang hadir walaupun dia sedang gementar untuk memulakan majlis akad nikah.

"@anisyazrien: Hahahaha so funny. Tahniah. Semoga hubungan yang dibina kekal hingga ke jannah."

"@imannurdian: Lawak sungguh la @aliffarhan_jr memang tak boleh buang perangai dalam CCTV ke apa?"

"@hafizulkamal: Steady la bro. Sempat pantun. Aku dulu jenuh dok cari jantung aku cicir kat mana entah."

Perangai #cctvria bawak sampai ke akad nikah? sekali tok kadi balas balik pantun ngan surah alfatihah pulak? kasi warm up ngan pantun dulu, biar kurang nervous ? 29/6/2018 Special thanks to bridal: @megabridalcreations @the.ksco shoes: @zeveshoes official photographer: @sbxsjbsingapore official videographer: @farhanarifismail hotel: @hoteljenputeriharbour makeup: @ayuwahyu79 mc : @dollahcantek_dc for helping our solemnization???? #gengtakutbini

A post shared by A L I F F A R H A N JR ™ (@aliffarhan_jr) on


Dengan sekali lafaz, Alif telah selamat mendirikan rumah tangga dengan Norul Fadzilah pada 29 Jun lalu.

Pasangan itu telah dinikahkan pada pukul 9.30 pagi di Johor Bahru, Johor.

Manakala, majlis resepsi Alif dan Fadzilah telah berlangsung meriah pada sebelah malam.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Foto: Instagram