Adik kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Sairah Tarudin mengumumkan dia kini sedang berbadan dua.

Sairah yang mendirikan rumah tangga bersama kawan lamanya, Sharidan Johari pada Februari lalu memaklumkan khabar gembira itu menerusi akaun Instagramnya hari ini.

"Second check up, wahai anak. Menantikan saat indah, walaupun hati debar," tulis Sairah berserta sekeping foto imbasan ultrasound hitam putih.

Ya Allah. Ya Rohman. Ya Rohim. . 2nd check up. #wahaianak Menantikan saat indah, Walaupun hati debar,.

A post shared by SIti Sairah Tarudin (@sitisairahtarudin) on


Perkongsian itu diiringi doa dan ucapan tahniah daripada peminatnya.

Saira yang muncul dengan single comeback Hanya Restu itu mendirikan rumah tangga dengan Sharidan pada 24 Februari selepas bercerai dengan bekas suaminya pada 2014.

Menerusi perkahwinan pertamanya, Sairah dikurniakan tiga orang cahaya mata, Ummi Umairah, Ahmad Daiyan dan Ahmad Aisy.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @sitisairahtarudin