Hanya selepas empat bulan mereka mengesahkan hubungan secara rasmi, akhirnya Lee Dong Wook dan Suzy telah berpisah.

JYP Entertainment telah mengesahkan bahawa kedua-dua pelakon ini telah menamatkan hubungan percintaan mereka pada 2 Julai.

"Memang benar bahawa (Suzy) telah berpisah dengan Lee Dong Wook," kata agensi terbabit.

Disebabkan mereka berdua mempunyai jadual yang sibuk, sukar bagi mereka untuk bertemu dan akhirnya mengambil keputusan untuk mengikut haluan masing masing.

"Benar bahawa Lee Dong Wook dan Suzy telah putus. Perpisahan ini disebabkan mereka sibuk dengan karier," kata agensi Lee Dong Wook pula.

Lee Dong Wook dan Suzy mengesahkan bahawa mereka berada di peringkat awal untuk mengenali antara satu sama lain pada bulan Mac tahun ini.

Teks Oleh: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Soompi.com