Sejak menjalinkan percintaan, aktres Bollywood yang melakar nama di Hollywood, Priyanka Chopra merupakan salah seorang peminat penyanyi Nick Jonas.

Baru baru ini, pelakon wanita tersebut hadir ke Festival Mix Villa 2018 di Brazil untuk menonton serta memberi sokongan kepada Nick.

Priyanka telah memuat naik satu video Nick yang ketika itu berada di atas pentas.

Sumber terdekat memaklumkan hubungan Priyanka dan Nick yang semakin serius.

Sumber menambah bahawa ibu kepada pelakon wanita tersebut sangat menyenangi Nick.

Selain itu, hubungan mereka turut mendapat sokongan dari ahli keluarga dan teman terdekat.

Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: E!News