Selepas 10 tahun menanti kelahiran cahaya mata akhirnya pelakon Adam Corrie dan isteri bakal menimang zuriat pertama mereka tidak lama lagi.

Dua hari lalu, Adam menerusi akaun Instagram (IG) telah berkongsi berita bahawa isterinya telah dimasukkan ke hospital untuk melahirkan bayi sulungnya secara pembedahan.

Namun menerusi perkongsian terkininya semalam, pembedahan itu tidak diteruskan kerana kesihatan isterinya masih baik dan mengelak daripada bayinya lahir tidak cukup bulan.

Menurut Adam, doktor juga telah menasihatkan isterinya berehat sahaja di rumah supaya tekanan darah tingginya tidak naik dan berada di tahap yang membahayakan.

Adam meminta maaf kerana isterinya tidak dapat membalas mesej atau panggilan daripada sesiapa yang bertanyakan mengenai keadaan dirinya kerana perlu berehat.

“Alhamdulillah isteri saya @puan_fazi_fuad tak jadi mrlalui proses pembedahan untuk bersalin setelah doktor pantau kesihatan bidadari (isteri) di hospital.

“Kalau bidadari saya bersalin semalam, baby Lee akan lahir tak cukup bulan. Alhamdulillah.. terima kasih yang mendoakan kesihatan bidadari saya dan Baby Lee.


“Doktor nasihatkan banyakkan berehat , tak boleh keluar rumah supaya darah tinggi terkawal dan baby Lee lahir cukup bulan dan sihat kelak. Baby Lee nak bermanja lagi dlm rahim mak tu.

“Saya mewakili bidadari saya ingin minta maaf yang whatsapp, call, DM dan sebagainya beliau, tak dapat menjawab sebarang panggilan. Telefon dia silent. Perlukan masa utk diri sendiri berehat,”
tulisnya.

Dalam entri yang sama Adam memuat naik fotonya bersama isteri yang terlantar di hospital.

Doakan bidadari sy selamat melahirkan zuriat sulung kami setelah 10 thn kami berumah tangga. . #adamcorrie #adamfazi❤️

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on

Alhamdulillah isteri saya @puan_fazi_fuad tak jadi czer utk bersalin setelah doktor pantau kesihatan bidadari di hospital. . Kalau bidadari sy bersalin smlm, baby Lee akan lahir tak cukup bulan. Alhamdulillah.. terima kasih yang mendoakan kesihatan bidadari sy dan Baby Lee ?. . Doktor nasihatkan banyakkan berehat , tak boleh keluar rumah supaya Darah Tinggi terkawal dan baby Lee lahir cukup bulan dan sihat kelak?. Baby Lee nak bermanja lagi dlm rahim mak tu ?... . Sy wakil bidadari sy ingin minta maaf yang whatsapp, call, DM dan sebagainya beliau, tak dpt menjawab sebarang panggilan. Hp dia silent. Perlukan masa utk diri sendiri berehat. . . Terima kasih murabi saya Ustaz @zulramli_mrazali dtg hospital ziarah kami smlm. #adamcorrie #babyLee #adamfazi❤️ . Ini ig sy, sy berhak utk delete komen dan block sesiapa sahaja yang tidak menjaga adab . Terima kasih ?

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on

Foto: IG Adam Corrie
Teks oleh: Syafiqah Jalal