Pelakon Bella Dally berkongsi beberapa tips berguna yang dilakukannya selepas melalui fasa perceraian dengan aktor Nazim Othman.

Baca: "Perkahwinan Saya & Bella Dally Telah Berakhir" - Nazim Othman Sah Bercerai

Menerusi rakaman video di Instagramnya, Bella memberitahu dia pernah tenggelam dengan emosi namun kembali bangkit untuk meneruskan kehidupan.

"Ramai tanya saya Instagram macam mana saya kekal kuat dan positif selepas apa yang terjadi kepada saya.

"Jujurnya, bukan mudah mulanya dan saya menjadi individu beremosi dan sebagainya. Namun, saya pujuk diri saya untuk kembali bangkit," katanya.

Kata Bella, dia reda dengan ketentuan Allah, menyayangi diri seadanya, mencari sistem sokongan dan cuba menjadinya dirinya sentiasa sibuk.

"Tips pertama, kena yakin dan reda dengan ketentuan Allah, saya letakkan mindset apa yang jadi ada hikmah dan Allah sentiasa bersama saya.

"Apa buat saya gembira kerana saya dikelilingi oleh keluarga dan kawan-kawan.

"Berhati-hati memilih kawan kerana bukan semua kawan kita jujur dan ikhlas nak tolong kita, keluarga dan kawan saya menjadi support system paling kuat.

"Kemudiannya, fokus untuk memperbaiki diri sendiri, saya sayangi diri saya dan terima seadanya. Carilah sebanyak mungkin informasi yang boleh membuatkan kita gembira.

"Saya juga menyibukkan diri dan belajar perkara baharu misalnya perniagaan biskut dan kraf. Memang menyeronokkan!

"Jadi, itulah perkara yang saya buat dan rasa berkesan," jelas Bella.

P I L L O W T A L K - Are you sleeping, are you sleeping? For those of you yang personally DM saya. You have been heard, here’s something for you ? ??

A post shared by Bella Dally (@belladally) on


Bella dan Nazim melalui episod perceraian memilukan apabila mahligai yang dibina selama dua tahun berakhir pada awal Ramadan lalu.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @belladally