Bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi memilih nama Muhammad Daiyan Fayyadh untuk diberikan kepada anak barunya.

Abby bersama suami, Muhammad Faizal Zakaria mengambil anak angkat beberapa hari lalu.

BACA: "Pagi Tadi Abby Luahkan Hasrat Nak 'Anak' & Tak Sampai Tengah Hari, Allah Makbulkan" - Abby Abadi Ambil Anak Angkat

Aktres filem Pasrah ini juga memohon agar peminat serta pengikutnya di laman Instagram mendoakan yang baik-baik untuk dirinya dan keluarga.

Ok. Muktamad ?? Inilah nama baby Sy ? #MuhammadDaiyanFayyadh Semoga ALLAH redha . Tolong doakan yg baik2 Untuk kami sekeluarga ye ?

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on


Abby, 41, mendirikan rumah tangga dengan Faizal, 44, pada 14 Ogos 2015.

Sebelum ini, Abby pernah berkahwin dengan Norman pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.

Hasil perkahwinan, Abby dan Norman dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Teks: Kamaruddin Razal